Monday, August 8, 2011

WAHEEDA PERJELAS ISU PEDAS DALAM KENYATAANNYA TENTANG DUNIA HIBURAN

Amboii sejak kawen dengan Akhil Hayy ni makin zuhud kita nampak Waheeda.Alhamdulillah walaupun menerima berbagai tohmahan,namun beliau dan suaminya makin tabah menjalani kehidupan suami isteri.Biarlah orang nak kata aper yer dak?asalkan kita bahagia dengan kehidupan kita.


Akhil Hayy pun makin murah rezeki nampaknya,lagu tema Imam Muda dia bersama Mawi pun menjadi ringtone henfon ibu aku.Berbalik kepada cerita Waheeda,apa tujuan sebenar dia lari dari dunia hiburan?


menurut sumber blog gosip paling popular kita,beautifulnara,waheeda menjelaskan:

Saya sememangnya buat keputusan berhenti terus dari dunia hiburan, iaitu meninggalkan kerjaya sebagai penyanyi dan pelakon. Jika mahu diikutkan, banyak sebab mempengaruhi tindakan saya ini dan salah satunya berasakan dunia hiburan tidak menghormati Allah. Banyak cabaran sudah saya lalui, dan ia adalah pertarungan untuk kekal dalam dunia hiburan, di mana antara pilihan untuk memegang agama atau tidak. Saya pilih mengikut jalan Allah. Kita tidak boleh memilih bergembira dan bersolat pada masa sama, seolah-olah tidak menghormati Allah. Kalau benar beriman dan beragama Islam, kita lakukan apa yang dituntut. Saya pernah berkejar-kejar untuk bersolat ketika menjalani satu penggambaran. Apabila meminta untuk berhenti bersolat, pengarah sering melengahkan keadaan. Itu membuatkan saya ingin menangis apabila lihat tiada siapa yang peduli. Saya lihat tak ramai mengambil berat mengenai soal agama dalam dunia hiburan ini


ye tak yer jugak tu,biasalah,dunia artis ni memang mencabar,kalau nak jaga agama kasi konsisten dalam bidang hiburan memang sesuatu yang agak susah.ramai artis bila dapat hidayah,diorang tak banyak melibatkan diri dalam bidang lakonan atau nyanyian oleh kerana payah nak elak dari benda benda macam nak jaga air semayang dari batal atau nak patuhi jadual kerja yang agak ketat.


Tapi ada juga artis yang pandai menjaga diri di dalam dunia hiburan selari dengan tuntutan agama macam Ashraf Muslim,Mawi dan Heliza.setuju tak?

No comments:

Post a Comment