Saturday, August 13, 2011

LISA SURIHANI,YUSRI KAHWIN TAHUN DEPAN


Menurut Berita Harian.Yusri dan Lisa akan ke jinjang pelamin 2012! Tahniah,,kalau orang cantik macam Lisa baik ikat awal awal nanti melepas kang.Jom kita baca petikan berita harian:

KUALA LUMPUR: Buat pertama kali, pengarah KRU Studios, Yusry Abdul Halim, 38, mengakui dirinya sedang bercinta dengan aktres popular, Lisa Surihani Mohamed, 25, sekali gus mengesahkan segala gosip sebelum ini dan jika tiada aral melintang akan ke jenjang pelamin tahun depan.


Nampaknya betullah gosip yang Lisa Surihani bercinta dengan Yusri,mesti frust menonggeng Hamzah Ian kalau dia baca tentang ni.


Pasti ramai jejaka Malaysia akan kecewa setelah membaca kenyataan ini.Nak buat macam mana,duda hensem,kaya plak tu macam Yusri sudah tentulah menjadi rebutan wanita.Umur tidak menjadi penghalang.


Tahniah kepada Lisa Surihani..nanti kalau dah kahwin tahun depan nanti jangan lupa ajak peminat ok?

Thursday, August 11, 2011

KL GANGSTER PARODI- SUMPAH LAWAK GILER!!


wa cakap panjang pun talak guna..wa kasi lu tengok sendiri video ini..berbakat giler budak budak ni buat video..pecah perut wa gelak.

we want more malaysian parody~!! tahniah iklan gangster

KARIPAP KARIPAP CINTA DITERBITKAN KE FILEM !

 yang ni version novel..novel paling bongok pernah aku baca..haha lawak siot!!



 ni versi filem...harap harapnya best macam dalam novel.

Yuhuuuu~~~ cerita ni akhirnya diadaptasikan ke layar perak..tak sabar rasanya bagaimana novel lawak ni dijadikan filem.Dulu novel karipap karipap cinta ni famous di kalangan kawan kawan aku,maklumlah kat Malaysia ni tak banyak novel novel komedi macam ni.

menurut Gua.com:
Satu lagi filem sempena Aidilfitri nanti, ‘Karipap Karipap Cinta’ akan menemui penonton pada 31 Ogos  2011 ini. Filem komedi romantik arahan pengarah terkenal, Othman Hafsham adalah satu karya adaptasi daripada novel tulisan Nazri M. Annuar, Karipap Karipap Cinta. Filem ini diterbitkan oleh Cinematic Sdn Bhd, mengisahkan tentang seorang jejaka yang berusaha memenangi hati seorang gadis yang cukup menggemari karipap. 

Sempena sesi bertemu peminat untuk filem Karipap-karipap Cinta  ini di ‘Karnival Filem’ yang bertempat di IPC (Ikano Power Centre), Petaling Jaya baru-baru ini, Gua berkesempatan menemubual Gambit Saifullah tentang peranan artis kelahiran Sabah ini sebagai teraju utama serta cabaran yang dilalui dalam melakonkan filem ini.

“Dalam filem Karipap-karipap Cinta, saya melakonkan watak Ali yang bekerja sebagai penulis. Ali adalah seorang yang baik hati. Tetapi dalam masa yang sama Ali adalah seorang yang  ‘sarcastic’ dan kelakar. Ali menjadi seorang penipu semata-mata hendak menawan hati Sara lakonan Melia Aimielia.”

“Cabaran setakat ini tiada, malah saya cukup gembira berlakon kerana kebebasan yang diberi oleh pengarah, Hafsham ketika berlakon untuk filem ‘Karipap-karipap Cinta’ ini. Ia buat saya betul-betul ‘enjoy’. Memang rasa puas hati sangat berlakon untuk filem ini.”

Mengakui memang seorang yang agak memilih, Gambit menjelaskan dia tidak akan memilih untuk menerima tawaran jika skrip, watak serta tema penceritaan yang bagus dan menarik. Selain itu juga, dari segi pembayaran juga dititik beratkan oleh pelakon yang suka mengembara ini.

“Skrip untuk filem ini bagus. Ini kerana perkara pertama yang saya lihat dulu adalah skrip. Saya dapat lihat tidak banyak skrip yang bagus untuk filem komedi Melayu seperti  yang ditulis untuk ‘Karipap-karipap Cinta’. Lagipun, ia adalah filem yang diadaptasi dari novel karya novelis ‘Nazri M. Annuar’yang semangnya jalan ceritanya amat bagus, berbeza dari drama dan watak yang pernah diberi kepada saya.” 

Wednesday, August 10, 2011

LIRIL LAGU POKOK - MEET UNCLE HUSSEIN FEAT HAZAMA


lirik lagu pokok - meet uncle hussein ft hazama

Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu ke mana
Terlalu banyak alasannya
Ku terdiam
Menyusur di kaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

(Chorus)
Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

(Ulang Chorus)
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada
Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duduk terdiam
Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh
Tanya sama pokok

VIDEO WITH LYRICS DI SINI: 



Tuesday, August 9, 2011

VIDEO PELAJAR MALAYSIA KENA SERANG DI LONDON TANPA BELAS KASIHAN

    Kesian sungguh tengok student MARA kita sorang ni hampir kehilangan nyawa kena serang di London ketika negara itu mengalami rusuhan yang mengganas.Nasib baikla perompak tu tak acah dengan pisau,kalau tidak habislah.Seperti yang kita sedia maklum,rusuhan di negara itu baru baru ini mengakibatkan berpuluh puluh banduan terlepas dari penjara lalu diorang mengambil kesempatan ketika huru hara berlaku dengan merompak kawasan sekitarnya.

 

       
Mangsa terbaru,Ashraf Hazlan,20,cedera di muka dan gigi akibat diserang oleh sekumpulan perompak liar ketika beliau turun untuk menikmati juadah buat berbuka puasa di rumah kawannya.Nasib baiklah pelajar ni tak cedera parah,tapi kalau tengok video tu banyak jugak pendarahan yang dialaminya sehingga mengakibatkan dia terpaksa dibedah.Dia sekarang dirawat di Royal Hospital London.
pelajar Malaysia ini tidak bertindak agresif sebaliknya dia telah dipukul dan dirompak tanpa belas kasihan.tengah puasa plak tu.bila dia doa,memang termakbul lah doa orang yang teraniaya + tengah berpuasa ni.
Semoga Allah melindungi pelajar kita di sana.Pesanan kepada pelajar Malaysia di sana,jadikan kejadian ngeri yang menimpa Ashraf Hazlan ni sebagai pengajaran.duduk berkurung ajer dalam rumah,jangan keluar lagi ok.
  

RUSUHAN DI LONDON ! SEMOGA WARGA MALAYSIA SELAMAT!


Apa nak jadi dengan dunia sekarang,selepas kebangkitan negara timur tengah,tsunami di Jepun,sekarang ni kecoh pulak dengar pasal rusuhan di London.

Rusuhan di London kali ini berpunca daripada kebangkitan penduduk menentang perbezaan kelas hidup,anak anak muda yang menganggur dan golongan yang terasa diabaikan oleh persatuan masyarakat.Agak mengejutkan kerana rusuhan ini sama sekali tidak melibatkan isu perkauman antara orang kulit putih dan kulit hitam.

Siasatan masih dijalankan,apa sebenarnya punca utama London riot kali ini.selain kemusnahan harta benda,kemalangan jiwa dan kerugian wang terutamanya pemilik kedai dilaporkan meningkat mendadak.

Matawang london akan menurun nilainya?satu berita baik bagi kaki shopping di sini. 

LAGI GAMBAR TERBARU RUSUHAN DI LONDON,BERDOA SUPAYA ORANG MALAYSIA KITA SELAMAT DI SANA

kebakaran menjadi pemandangan biasa.


penyamun memusnahkan kedai,merompak,meletupkan kedai,dan membakar


polis menyelamatkan keadaan huru hara.

polis mengawal beberapa tempat.