Tuesday, August 9, 2011

RUSUHAN DI LONDON ! SEMOGA WARGA MALAYSIA SELAMAT!


Apa nak jadi dengan dunia sekarang,selepas kebangkitan negara timur tengah,tsunami di Jepun,sekarang ni kecoh pulak dengar pasal rusuhan di London.

Rusuhan di London kali ini berpunca daripada kebangkitan penduduk menentang perbezaan kelas hidup,anak anak muda yang menganggur dan golongan yang terasa diabaikan oleh persatuan masyarakat.Agak mengejutkan kerana rusuhan ini sama sekali tidak melibatkan isu perkauman antara orang kulit putih dan kulit hitam.

Siasatan masih dijalankan,apa sebenarnya punca utama London riot kali ini.selain kemusnahan harta benda,kemalangan jiwa dan kerugian wang terutamanya pemilik kedai dilaporkan meningkat mendadak.

Matawang london akan menurun nilainya?satu berita baik bagi kaki shopping di sini. 

1 comment:

  1. macam-macam hal lah skrg ni..harap malaysia akan kekal aman

    ReplyDelete