Monday, August 8, 2011

LIRIK CINTA MUKA BUKU - NAJWA LATIF

Gadis berbakat bersuara soprano,Najwa Latif punya lirik.


Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. Kenakah rasa itu..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini cinta remajaku
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah cinta yang satu, cinta di muka buku..
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku



SAYANGNYA JUSTIN BIEBER KEPADA SELENA GOMEZ SEPERTI SAYANGNYA SETH TAN KEPADA NORA ELENA

Kalau dulu kita boleh bagi perumpamaan cinta umpama sayangnya Romeo kepada Juliet tapi sekarang ni kita boleh tukar kepada sayangnya Seth Tan kepada Nora Elena.yer dak?

Pasangan muda dan cute miut comel bersama,Justin Bieber dan Selena Gomez yang korang suka tengok tu,dengar khabar hubungan diorang agak goyah.Ini berikutan khabar angin yang mengatakan Justin Bieber curang dengan gadis lain,maklumla,muka hensem,rambut pun hensem,suara plak kiut,hot lettew.kes jeles la ni.


Menyedari dia dikencing oleh JB,Selena kencing JB balik dengan teruja berjumpa hero macho transformer,Shia Labeof of course nampak lagi jantan sekaligus mengecikkan hati JB.

Namun,ketika wartwan berjumpa JB di MTV NEWS LOS ANGELES,JB nampak macam berharap lagi Selena akan kembali padanya dan memuji aktress itu.mengayat balik la ni.

JB ketika merangkul 3 anugerah untuk Choice Male Artist, Choice Male Hottie dan Choice TV Villain ditanya wartawan,antara  Jason Derulo,Selena Gomez dan One Republic,yang mana persembahan yang paling dia berkenan.

JB menjawab"persembahan terbaik malam ini,Selena Gomez" perhhh sayang betul beliau kepada makwe beliau walaupun hati terluka.apa apa pun kalau JB setia,mesti jadi macam Seth Tan,hensem,kaya dan romantik,digilai oleh ramai perempuan.

FINAL DESTINATION 5 DAH KELUAR DAH!!

bagi peminat filem FINAL DESTINATION macam aku ni,korang pasti takkan lepaskan peluang untuk menyaksikan sekuel filem final destination ke 5 ni.

bagi yang taktau filem ni pasal apa,filem ni satu jer motif dia,nak bagitau korang,bila izrail memanggil korang tak boleh lari dah dari kematian walaupun korang menyorok dekat rumah white house yang mempunyai sistem keselamatan paling kebal di dunia tu.

perihal kali ini fokus tentang machine yang mana kita boleh jadi fobia nak jumpa doktor lepas tengok cerita ni,haiyya manyak kesian la sama doktor,mana diorang nak cari duit.saksikan trailer cerita ni.


membariskan pelakon pelakon seperti Nicholas D'Agosto, Emma Bell, dan Arlen Escarpeta, filem ni pasti buat anda rasa seronok menjerit bila tengok ramai ramai dekat panggung wayang.jom try!


Seperti biasa,plot cerita ni sama jer,salah sorang akan dapat petanda kematian kawan kawannya dan berakhir dengan kematian dia sendiri.apa yang best cerita ni ialah cara diorang mati tuu.ngeri tapi aku kan kalau tengok benda ngeri ngeri ni aku pike dalam hati "Alaa,teknik CGI komputer jer tu,rileks rileks,jangan takut."korang pike camtu tak?

WAHEEDA PERJELAS ISU PEDAS DALAM KENYATAANNYA TENTANG DUNIA HIBURAN

Amboii sejak kawen dengan Akhil Hayy ni makin zuhud kita nampak Waheeda.Alhamdulillah walaupun menerima berbagai tohmahan,namun beliau dan suaminya makin tabah menjalani kehidupan suami isteri.Biarlah orang nak kata aper yer dak?asalkan kita bahagia dengan kehidupan kita.


Akhil Hayy pun makin murah rezeki nampaknya,lagu tema Imam Muda dia bersama Mawi pun menjadi ringtone henfon ibu aku.Berbalik kepada cerita Waheeda,apa tujuan sebenar dia lari dari dunia hiburan?


menurut sumber blog gosip paling popular kita,beautifulnara,waheeda menjelaskan:

Saya sememangnya buat keputusan berhenti terus dari dunia hiburan, iaitu meninggalkan kerjaya sebagai penyanyi dan pelakon. Jika mahu diikutkan, banyak sebab mempengaruhi tindakan saya ini dan salah satunya berasakan dunia hiburan tidak menghormati Allah. Banyak cabaran sudah saya lalui, dan ia adalah pertarungan untuk kekal dalam dunia hiburan, di mana antara pilihan untuk memegang agama atau tidak. Saya pilih mengikut jalan Allah. Kita tidak boleh memilih bergembira dan bersolat pada masa sama, seolah-olah tidak menghormati Allah. Kalau benar beriman dan beragama Islam, kita lakukan apa yang dituntut. Saya pernah berkejar-kejar untuk bersolat ketika menjalani satu penggambaran. Apabila meminta untuk berhenti bersolat, pengarah sering melengahkan keadaan. Itu membuatkan saya ingin menangis apabila lihat tiada siapa yang peduli. Saya lihat tak ramai mengambil berat mengenai soal agama dalam dunia hiburan ini


ye tak yer jugak tu,biasalah,dunia artis ni memang mencabar,kalau nak jaga agama kasi konsisten dalam bidang hiburan memang sesuatu yang agak susah.ramai artis bila dapat hidayah,diorang tak banyak melibatkan diri dalam bidang lakonan atau nyanyian oleh kerana payah nak elak dari benda benda macam nak jaga air semayang dari batal atau nak patuhi jadual kerja yang agak ketat.


Tapi ada juga artis yang pandai menjaga diri di dalam dunia hiburan selari dengan tuntutan agama macam Ashraf Muslim,Mawi dan Heliza.setuju tak?