Thursday, August 11, 2011

KARIPAP KARIPAP CINTA DITERBITKAN KE FILEM !

 yang ni version novel..novel paling bongok pernah aku baca..haha lawak siot!!



 ni versi filem...harap harapnya best macam dalam novel.

Yuhuuuu~~~ cerita ni akhirnya diadaptasikan ke layar perak..tak sabar rasanya bagaimana novel lawak ni dijadikan filem.Dulu novel karipap karipap cinta ni famous di kalangan kawan kawan aku,maklumlah kat Malaysia ni tak banyak novel novel komedi macam ni.

menurut Gua.com:
Satu lagi filem sempena Aidilfitri nanti, ‘Karipap Karipap Cinta’ akan menemui penonton pada 31 Ogos  2011 ini. Filem komedi romantik arahan pengarah terkenal, Othman Hafsham adalah satu karya adaptasi daripada novel tulisan Nazri M. Annuar, Karipap Karipap Cinta. Filem ini diterbitkan oleh Cinematic Sdn Bhd, mengisahkan tentang seorang jejaka yang berusaha memenangi hati seorang gadis yang cukup menggemari karipap. 

Sempena sesi bertemu peminat untuk filem Karipap-karipap Cinta  ini di ‘Karnival Filem’ yang bertempat di IPC (Ikano Power Centre), Petaling Jaya baru-baru ini, Gua berkesempatan menemubual Gambit Saifullah tentang peranan artis kelahiran Sabah ini sebagai teraju utama serta cabaran yang dilalui dalam melakonkan filem ini.

“Dalam filem Karipap-karipap Cinta, saya melakonkan watak Ali yang bekerja sebagai penulis. Ali adalah seorang yang baik hati. Tetapi dalam masa yang sama Ali adalah seorang yang  ‘sarcastic’ dan kelakar. Ali menjadi seorang penipu semata-mata hendak menawan hati Sara lakonan Melia Aimielia.”

“Cabaran setakat ini tiada, malah saya cukup gembira berlakon kerana kebebasan yang diberi oleh pengarah, Hafsham ketika berlakon untuk filem ‘Karipap-karipap Cinta’ ini. Ia buat saya betul-betul ‘enjoy’. Memang rasa puas hati sangat berlakon untuk filem ini.”

Mengakui memang seorang yang agak memilih, Gambit menjelaskan dia tidak akan memilih untuk menerima tawaran jika skrip, watak serta tema penceritaan yang bagus dan menarik. Selain itu juga, dari segi pembayaran juga dititik beratkan oleh pelakon yang suka mengembara ini.

“Skrip untuk filem ini bagus. Ini kerana perkara pertama yang saya lihat dulu adalah skrip. Saya dapat lihat tidak banyak skrip yang bagus untuk filem komedi Melayu seperti  yang ditulis untuk ‘Karipap-karipap Cinta’. Lagipun, ia adalah filem yang diadaptasi dari novel karya novelis ‘Nazri M. Annuar’yang semangnya jalan ceritanya amat bagus, berbeza dari drama dan watak yang pernah diberi kepada saya.” 

No comments:

Post a Comment